Followers

24 May 2012

HEALING CRISSIS


Sakit Kepala, Loya, Jerawat, Pening dan Sebagainya???

Anda pernah mengalami simptom seperti di atas?
Mai saya nak terangkan serba sedikit mengenai healing crissis..

Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :


sakit atau pening kepala
ruam kulit
bisul atau kudis
sembelit
cirit birit
perut berangin
letih atau kepenatan
berdebar
cepat marah
selsema atau batuk (kahak yang banyak)
demam
ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.


Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang di alami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas.

Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan.

Sebenarnya, bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisme badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan.

Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan. Kebanyakan manusia dilahirkan dengan bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksid tadi berkumpul.

Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan dari toksid yang terkumpul.

Dan kesan pemulihan juga semakin ketara apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di dalam tubuh badan manusia.

Simptom kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan. Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari.

Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksid dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin akan di idapi di masa akan datang.

Apabila berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif.


Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut. Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :

1.Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid
   maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.

2.Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar
   dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.

3.Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan
   toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga  
   yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang
   digunakan untuk pengeluaran toksid.

4.Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap   
   nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.
5.Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan
   badan.

6.Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa
    tiruan.

7.Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.

8.Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan
   pengaliran darah di bahagian kulit.

9.Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu
   di bebaskan.


Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul.

Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment